Monday, 4 June 2012

BUAH KELAPA BERTUNASKAN POKOK PISANG




Penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu Timur di Sumatera Selatan terkejut apabila mereka menemui buah kelapa yang pelik kerana ia bertunaskan sebatang pokok pisang.


Mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.



Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bungamelati.
“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

MAKHLUK APAKAH INI..???


Penduduk di bandar Kyungnam Tongyeong, Korea Selatan terkejut apabila mereka menemui makhluk misteri yang telah ditemui mati timbul di sungai.

Makhluk pelik ini ditemui di Seoul, Korea Selatan.  Ianys telah menggemparkan seluruh rakyat di Bandar Kyungnam Tongyeong dengan penemuan makhluk misteri di sungai di bandar tempat mereka tinggal.

Ianya sepanjang 4 meter dan beratnya mencecah 30 kg.  Makhluk ini telah ditangkap dan khabarnya sedang dibedah siasat di Ulsan Korea.  Ramai yang tertanya-tanya mengenai spesis yang ditemui ini.  Ada yang beranggapan ia merupakan spesis haiwan hidupan air kerana mati di sungai.

Lihat gambar-gambar seterusnya :


18SX : LELAKI SEJATI TETAPI MEMPUNYAI PAYUDARA...???

18SX: Kisah Sedih Dari Dominica, Tiga Beradik Lelaki Dihina Kerana Ada 'Payudara'

Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.
Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.
Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.
Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.
Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.
Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.
Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.
Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.
Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.

JAGUNG BERWARNA-WARNI

Di India anda akan menemui jagung dalam keadaan berwarna-warni tidak seperti jagung lain yang berwarna kuning. Namun begitu, jagung ini mempunya isi yang tebal dan liat serta rasa isi yang tidak begitu manis.




Kita biasa melihat jagung yang mempunyai isi berwarna kuning.  Namun di India lain pula... Ini kerana di India kita akan temui jagung yang mempunyai isi berwarna-warni dan unik sekali. Jagung yang dikenali sebagai 'Indian Corn' ini adalah seperti jagung biasa dan boleh dimakan dengan merebusnya. 
Isinya lebih tebal dan liat dan ia juga tidak begitu manis berbanding dengan jagung biasa.  Jagung ini biasanya dijadikan popcorn atau sebagai hiasan.
Tidak diketahui pula, India di bahagian mana terdapat banyak jagung jenis ini....



PELIK : AKAR HERBA YANG MENYERUPAI BUDAK

Picture

Seorang petani dari China telah menemukan salah satu daripada tanamannya yang pelik apabila pokok herba yang di tanamnya mempunyai akar herba yang menyerupai seorang budak kecil seperti di dalam gambar. 

Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.

Petani itu, Zheng Dexun, 63 menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5.8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.
Uniknya, di bahagian ‘kepala’ ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.

Ini bukan kali pertama penemuan ubi pelik. Penemuan yang hampir serupa oleh seorang petani turut menggemparkan dunia dimana ubi berjantina.

Sumber: Zerotional untuk Portal Berita Pelik

Thursday, 31 May 2012

MOHON MAAF NIZAR YANG KURANG AJAR MELALUI TWITTER




Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.
Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.
Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.
Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.
Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.
Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.
Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.
Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?
Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?
Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.
Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 'LAUT MERAH/RED TIED'?

Description: cid:image001.jpg@01CD1986.54BEB9B0

Lebih kurang 2 bulan yang lepas, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tide di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran. Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.


Description: cid:image002.jpg@01CD1986.54BEB9B0

Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar. Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat. "Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan.,
Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran. Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan. Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku. Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.


Tuesday, 29 May 2012

PELIK TAPI BENAR : AYAM MASIH HIDUP WALAU SUDAH 9 HARI DISEMBELIH

Kisah Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih...

Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.
Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.
Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi sembilan hari ternakan itu disembelih.
Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.
Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.
Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”
Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.
Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.
Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.
Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.
Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.
Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Subhanallah, kuasa Tuhan.

Monday, 28 May 2012

KISAH BENAR : MISTERI LEMBAGA WANITA DALAM KERETA WARTAWAN SINAR

KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar

KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)


CARA MENGENALI PERNIAGAAN YG MENGGUNAKAN PELARIS


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...