Monday, 30 July 2012

KANAK-KANAK 5 TAHUN DITEMUI HIDUP BERSAMA LEMBU

 Hidup Dengan Lembu
Moscow – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.
Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.
    “Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. – Jurucakap polis
Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.
“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.
Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.
Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya.
Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.
Bukan kes pertama
Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.
Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.
Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. – Agensi

WAJAH ORANG KAYA SINGAPURA

Orang Kaya Singapura
Pengasas bersama laman web sosial Facebook, Eduardo Saverin, yang melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat awal tahun ini, berada dalam senarai warga Singapura paling kaya disiarkan majalah Forbes.
Saverin, 30, berada di tempat kelapan dalam senarai dengan anggaran harta bernilai AS$2.2 bilion (RM6.82 bilion).
Saverin sudah menetap di Singapura sejak 2009 tetapi mengambil keputusan melepaskan taraf kerakyatan Amerikanya menjelang tawaran awam Facebook. – Agensi

WAHAI WANITA.....

 

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Friday, 27 July 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.
Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai ibadat kepada Allah.
Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.
Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Dengan itu kita hendaklah b berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.

RAHSIA PUASA.....

 


Semua ada enam iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.

2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (Surah al-Maidah : Ayat 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ada ramai orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. 

Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.

ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT

Tuesday, 24 July 2012

GURU SILAT : BERKAHWIN 19 KALI, 46 ANAK DAN 100 CUCU

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu 
KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, (gambar) turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu.

Monday, 23 July 2012

SPA PALING MENAKUTKAN DI DUNIA !!

Upaya Zhang Nan, 56, memperoleh kulit halus dan awet muda membuatnya nekad melakukan perawatan tubuh ekstrim, iaitu spa belut. Namun perawatan kecantikan ini berujung operasi akibat belut masuk ke kandung kemih lewat penisnya.


Kerana ingin terlihat lebih muda, Zhang tanpa ragu berendam dalam air berisi ratusan belut yang diklaim akan memakan lapisan kulit mati di tubuhnya.

Tapi setelah mandi,lelaki berusia 56 tahun ini merasakan nyeri yang amat sangat pada alat vitalnya. Saat itu ia menyedari seekor belut berada di uretranya dan masuk ke dalam kandung kemihnya.

"Saat selesai mandi saya bisa merasakan belut menggigit tubuh saya. Kemudian saya merasakan sakit yang makin parah dan melihat belut kecil menggigiti hujung penis saya dan masuk ke lubang kecil di dalamnya," ujar warga Honghu, provinsi Hubei China.

Meski berusaha menarik keluar belut tersebut, tubuh belut yang licin membuat Zhang tak dapat mencegah ikan mirip ular ini masuk ke tubuhnya.

Ia lantas bergegas ke rumah sakit dan segera menjalani operasi selama tiga jam untuk mengeluarkan belut sepanjang enam inci atau lebih dari 15 cm dari kandung kemihnya. Belut tersebut telah mati waktu doktor menemukannya.

Ahli bedah Jin Wang mengatakan, sifat belut yang licin membuatnya dapat masuk meski lewat saluran kecil di alat kelamin. "Diameter uretra pada penis lelaki memang sempit, tapi kerana belut cukup licin, tubuhnya bekerja sebagai pelumas dan sehingga masuk melalui penis dengan lancar," katanya seperti dikutip dari metro.co.uk.

Kejadian serupa juga dialami seorang remaja 14 tahun yang menjalani operasi darurat karena seekor ikan sepanjang dua sentimeter masuk ke kandung kemihnya.

Dalam studi kes yang diterbitkan oleh urolog Dr G Vezhaventhan dan R Jeyaraman, dokter harus mengoperasi remaja tersebut untuk mengeluarkan ikan tersebut. Remaja laki-laki ini menyatakan sedang memegang ikan saat buang air kecil di toilet. Ikan itu kemudian 'terlepas dari tangannya dan memasuki uretranya'.

sumber : http://www.klikunic.com


Friday, 20 July 2012

SELEBRITI HOLLYWOOD BERWAJAH CANTIK.... TETAPI....

Benarlah kata seorang sahabat... SETIAP MANUSIA ITU ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA MASING-MASING.

Selebriti-selebriti Hollywood yang terkenal dengan wajah cantik dan tubuh badan yang menarik ini di samping berbakat tetap ada kekurangan pada fizikalnya....

Mari kita lihat gambar-gambar berikut :



Janda Brad Pitt ini banyak varises di kakinya.




Penampilan boleh cantik, tetapi jari-jari kaki dan kukunya cacat.
 

Model  ini kakinya kusam.
 

Kaki Liz tidak ada bezanya dengan para pekerja kasar.
 

Victoria yang tampil glamour ternyata...lihat keanehan ibu jari kakinya.
 

Jari tengah kakinya tidak mencerminkan dia adalah supermodel supermahal.
 

Tubuh sexy nya tidak boleh menyembunyikan minusnya ini.
 

Dan seorang tuan puteri cantik tak luput dari bencana ini.


LANGIT RUNTUH DI GARIE, AUSTRALIA ?



Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan seperti sedang runtuh. Gambar yang telah dirakam oleh David Dullaway pada tahun 2009 ini dikatakan diambil dengan secara tidak sengaja ketika satu ribut besar bakal melanda Pantai Garie yang berada selatan Sydney.
Seorang penduduk Garie yang namanya dirahsiakan berkata, “Saya seperti bermimpi apabila melihat kejadian yang sangat aneh ini. Langit seakan-akan sedang runtuh“. Beliau telah menetap di Garie selama 10 tahun dan mengatakan ini merupakan pengalaman pertama beliau. Di bawah merupakan gambar langit runtuh (atauthe sky is falling).
Lihat saja langit yang seolah-olah hendak runtuh ini, penulis pun terasa seram di hati. Bagaimanalah keadaannya hari kiamat itu di mana langit terbelah, gunung bertaburan, manusia seperti serangga berterbangan, ibu mengandung keguguran anak, ibu lupakan anak dan macam-macam lagi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mematikan kita dalam iman kita paling tinggi.
Sumber: Melayukini

5 ORANG PERTAMA YANG MEMELUK ISLAM SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW

 
As-Sabiqun Al-awwalun adalah orang-orang terdahulu yang pertama kali masuk/memeluk islam. mereka adalah dari golongan kaum muhajirin dan anshar, mereka semua sewaktu masuk islam berada di kota Mekkah, sekitar tahun 610 masehi pada abad ke-7. Pada masa penyebaran islam awal, para sahabat nabi di mana jumlahnya sangat sedikit dan golongan as-sabiqun al-awwalun yang rata-ratanya adalah orang miskin dan lemah. berikut manusia-manusia pertama yang memeluk islam setelah Nabi Muhamad SAW:

1. KHADIJAH BIN KHAWALID
 
khadijah berasal dari golongan pembesar mekkah. menikah dengan nabi muhammad, ketika berumur 40 tahun, manakala nabi muhammad berumur 25 tahun. ada yang mengatakan usianya saat itu tidak sampai 40 tahun, hanya sedikit lebih tua dari nabi muhammad. khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal.
                             
ketika nabi muhammad masih muda dan dikenal sebagai pemuda yang lurus dan jujur sehingga mendapat julukan al-amin, telah diperkenankan untuk ikut menjualkan barang dagangan khadijah. hal yang lebih banyak menarik perhatian khadijah adalah kemuliaan jiwa nabi muhammad. khadijah lah yang lebih dahulu mengajukan permohonan untuk meminang beliau, peminangan dibuat melalui paman muhammad yaitu abu thalib.
”sewaktu malaikat turun membawa wahyu kepada muhammad maka khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk islam. sepanjang hidupnya bersama nabi, khadijah begitu setia menyertainya dalam setiap peristiwa suka dan duka. allah mengkaruniakannya 3 orang anak, yaitu qasim, abdullah, dan fatimah.

2. ZAID BIN HARITSAH
zaid bin haritsah berasal dari kabilah kalb yang menghuni sebelah utara jazirah arab. di masa kecilnya, ia ditangkap oleh sekelompok penjahat yang kemudian menjualnya sebagai seorang budak. kemudian ia dibeli oleh hukaim bin hisyam keponakan dari khadijah. oleh khadijah, ia diberikan kepada nabi muhammad yang kemudian memerdekakan zaid bin haritsah. ia adalah salah satu orang yang pertama dalam memeluk agama islam.
               
               
zaid menjadi sahabat serta pelayan yang setia nabi muhammad. ia menikah dengan ummi ayman dan memiliki putra yang bernama usamah bin zaid bin haritsah. ia mengikuti hijrah ke madinahserta mengikuti setiap pertempuran dalam membela islam. dalam pertempuran mu’tah, ia diangkat sebagai panglima perang dan dalam pertempuran inilah, ia mati syahid.

3. ALI BIN ABI TALIB
ali bin abi thalib adalah salah seorang pemeluk islam pertama dan juga keluarga dari nabi muhammad. menurut islam sunni, ia adalah khalifah terakhir dari khulafaur rasyidin. sedangkan syi’ah berpendapat bahwa ia adalah imam sekaligus khalifah pertama yang dipilih oleh rasulullah muhammad saw. uniknya meskipun sunni tidak mengakui konsep imamah mereka setuju memanggil ali dengan sebutan imam, sehingga ali menjadi satu-satunya khalifahyang sekaligus juga imam. ali adalah sepupu dari muhammad, dan setelah menikah dengan fatimah az-zahra, ia menjadi menantu muhammad.
                              
               
4. ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
abu bakar termasuk di antara mereka yang paling awal memeluk islam. setelah nabi muhammad wafat, abu bakar menjadi khalifah islam yang pertama pada tahun 632 hingga tahun 634m. lahir dengan nama abdullah bin abi quhafah, ia adalah satu di antara empat khalifah yang diberi gelar khulafaur rasyidin atau khalifah yang diberi petunjuk.
              
abu bakar adalah ayah dari aisyah, istri nabi muhammad. nama yang sebenarnya adalah abdul ka’bah (artinya ‘hamba ka’bah’), yang kemudian diubah oleh muhammad menjadi abdullah (artinya ‘hamba allah’). muhammad memberinya gelar ash-shiddiq (artinya ‘yang berkata benar’) setelah abu bakar membenarkan peristiwa isra miraj yang diceritakan oleh muhammad kepada para pengikutnya, sehingga ia lebih dikenal dengan nama “abu bakar ash-shiddiq”.

5. BILAL BIN RABAH
bilal bin rabah adalah seorang budak berkulit hitam dari habsyah (sekarang ethiopia) yang masuk islam ketika masih diperbudak. setelah majikannya mengetahui bahwa bilal masuk islam, maka bilal disiksa terus menerus setiap harinya guna mengembalikannya agar tidak memeluk islam. tetapi bilal tidak mau kembali kepada kekafirannya dan tetap melantunkan “allahu ahad, allahu ahad…”.
               

pada akhirnya bilal dimerdekakan oleh abu bakar dan menjadi sahabat setia rasulullah saw sampai-sampai bilal dalam sebuah hadits diceritakan bahwa rasulullah saw pernah bermimpi mendengar suara terompah bilal di surga. ketika hukum syariat adzan diperintahkan oleh allah orang yang pertama kali disuruh oleh rasulullah untuk mengumandangkannya adalah bilal bin rabah, ia dipilih karena suara bilal sangat merdu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...