Wednesday, 31 July 2013

BERUSIA 18 TAHUN, SUDAH KAHWIN KONTRAK 11 KALI

Hiasan

Indonesia – Fitriasih, 18, mengakui dirinya telah melakukan perkahwinan kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali di kawasan Puncak Cisarua, Jawa Barat.

Dia yang berasal dari Jakarta Timur itu mengakui terpaksa menjual diri kepada pelancong Timur Tengah atas alasan kesempitan ekonomi.
Ibu bapanya dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala adiknya memerlukan pembiayaan sekolah.
“Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP.
“Orang tua saya tidak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga,” katanya.
Dia mengenali jejaka Arab melalui bantuan pemandu pelancong yang telah lama dikenalinya.
Malah, Fitriasih juga mengakui yang dia pernah menikah ketika usianya mencecah 17 tahun.
“Selama lapan bulan saya menjalani profesion ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi.
“Usia kawin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan.
“Selama kawin kontrak, saya diberi nafkah Rp5 juta (RM1,600 +-) seminggu,” katanya.
Pengakuan Fitriasih telah mengejutkan Ketua Daerah, Drs Teddy Pembang.
Teddy seolah-olah tidak percaya yang Fitriasih telah melakukan kawin kontrak hingga belasan kali.
Malah, semua kegiatan tersebut dilakukan melalui ijab kabul.
Teddy menegaskan bahawa perkahwinan kontrak adalah bertentangan dengan syariat agama.
Justeru, dia sangat kecewa dan mengutuk perbuatan tersebut.
“Ibu yang membenarkan anak mereka bekerja demi kepuasan nafsu jejaka Timur Tengah, benar-benar tidak mempunya nurani. Saya akan minta pihak polis untuk menyiasat keterangan mangsa dan ibu mereka.
“Dia harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Ini kali terakhir wilayah saya dijadikan maksiat. Jika tertangkap lagi sewaktu operasi, saya akan hantar mereka ke Jawa Tengah atau Pasar Rebo Jakarta Timur,” ujar Teddy. 
sumber mynewshub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...