Berita kemunculan semula Raja Ema, 45,
dalam industri hiburan tanah air sejak awal tahun ini semestinya
menggembirakan segenap peminatnya. Tak kurang beliau menjadi bualan
hangat ramai apabila muncul menerusi lakonan dalam drama fenomena, Setia Hujung Nyawa yang disiarkan di TV3.
Terkini, beliau baru saja melancarkan single berjudul Warna Hati
serta tampil dengan imej baru. Tidak hanya memotong pendek rambutnya
malah Raja Ema turut mendedahkan dia ada membuat rawatan menegangkan
kulit muka iaitu rawatan ‘thread lift’.
“Sejujurnya, apabila sudah memasuki
peringkat umur seperti saya, kulit kita, lebih-lebih lagi pada bahagian
muka sudah tidak tegang seperti zaman muda dahulu.
“Kulit-kulit pada bahagian wajah akan
jatuh, jadi saya fikir tidak salah sekiranya saya membuat rawatan
menegangkan kulit muka,” tuturnya yang mengakui menjalani rawatan
tersebut di sebuah pusat yang sama dia mengambil suntikan vitamin C dan
produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh.
Yakin dengan rawatan tersebut, ulas
Raja Ema, dia nekad menjalani proses menegangkan kulit wajahnya itu
kerana ia tidak melibatkan pembedahan mengubah bentuk muka atau sebarang
penggunaan kaedah botoks.
“Ia sekadar rawatan penegangan kulit
yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan. Saya yakin
apabila diberitahu mengenai rawatan ini dan mendapatkan penjelasan lebih
lanjut daripada doktor.
“Kaedah rawatannya hanya pada kedua-dua bahagian pipi dan terdapat benang yang menaikkan semula wajah saya,” dedahnya.
Raja Ema juga mengakui dia berani
menjalani kaedah rawatan tersebut kerana rasa sakit yang dialaminya
tidak lama. Selepas rawatan tersebut selesai, dia tidak lagi berasa
sakit. Beliau juga tidak lagi berani memakan kacang kerana bimbang
implikasi yang bakal diperoleh daripada memakan makanan yang keras.
Dalam pada itu penyanyi yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman
ini menyatakan beliau masih lagi solo setelah perkahwinan pertamanya
dengan penyanyi Sheqal dan perkahwinan keduanya itu musnah. Tidak pernah
berasa serik untuk berkahwin namun ibu kepada Putera Amar (19 tahun)
dan Putera Alqasha (17 tahun) ini juga tidak kisah jika tidak bertemu
jodoh dengan sesiapa.
- Kosmo -
No comments:
Post a Comment