Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari pengadilan di akhirat kelak ialah ; “Solat“! Sekiranya solat diterima, amalan kebaikan yang lain juga akan diterima. Sekiranya solat tak diterima, amalan-amalan juga akan tertolak. Jadi sangat penting untuk kita berusaha sebaik mungkin memperbaiki mutu @ kualiti solat kita.
Pertamanya, kita perlu memahami tentang ciri-ciri solat yang sempurna.
Apakah yang dimaksudkan dengan solat yang SEMPURNA?
Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.
Ciri-ciri solat yang sempurna ialah ;
- Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam.
- Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
- Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
- Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya, sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
- Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Mari kita renung-renungkan. Adakah solat kita mempunyai ciri-ciri ini? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau masih leka dan lalai, perlu kita berusaha lebih lagi bagi memastikan solat kita sempurna dan seterusnya diterima Allah. Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment