Wednesday, 17 July 2013

TERPAKSA BERPURDAH KERANA DITUMBUHI JANGGUT, MISAI DAN BULU DADA


Hiasan
Jakarta : Selepas 19 tahun ‘bersembunyi’ di sebalik purdah akhirnya seorang ibu nekad mendedahkan keunikan dirinya kepada umum semalam.
Agustina Dorman, 38, bertindak menyorokkan wajahnya sejak sekian lama bagi mengelak dua anaknya diejek atau dimalukan.
Sebenarnya sebelum ini Agustina tidak mengalami sebarang masalah dan dia hidup sama seperti wanita lain.
Bagaimanapun sejak melahirkan anak pertamanya, Agustina mendapati berlaku perubahan pada dirinya apabila dia ditumbuhi janggut. Disebabkan keanehan itu Agustina mengenakan purdah setiap kali berada di luar rumah bagi mengelak orang lain mempersenda anaknya.

Menetap di Kampung Penaga, Agustina terus berkeadaan begitu sehingga dia mengubah fikiran semalam dan nekad tidak mahu mempedulikan pandangan orang lain.

Menurut Agustina, selain janggut dia juga ditumbuhi misai dan bulu dada.
Katanya, pada peringkat awal dia cuba mencukur atau memotong janggut itu, tetapi gagal kerana mengalami kesakitan amat sangat.

“Akhirnya saya membiarkan ia tumbuh begitu saja,” katanya.
Agustina mengambil keputusan mendedahkan keunikan dirinya itu apabila anak sulungnya diejek penduduk setempat yang mengetahui keadaannya itu.
sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...