Tahukah anda..... warna lipstik yang anda pakai itu sebenarnya mencerminkan peribadi anda.....
1. Warna Merah Tua - digambarkan anda sebagai seorang yang menarik, ceria, periang, memiliki kepercayaan diri yang tinggi dan anda berjiwa sangat kewanitaan.
2. Warna Merah Muda - mencerminkan keperibadian anda yang jujur, tulus, lembut, merasa selesa jika orang lain selesa dengan anda. Namun begitu, jika anda berkulit gelap, warna ini kurang sesuai untuk bibir anda...
3. Oren - anda digambarkan sebagai seorang yang sentiasa mahu tampil lain dari yang lain atau anda sering mahu bertentangan dengan orang lain.
4. Ungu Tua - mahu berkuasa, suka memerintah, mahu orang lain menuruti kehendak anda dan anda digambarkan seorang yang mempunyai fikiran berbeza dari orang lain.
5. Krim - anda seorang yang dingin, terlalu berhati-hati dan sering menjarakkan diri anda dari orang lain.
6. Transparent - anda memiliki sifat feminin yang tinggi, sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa pandai menjaga penampilan walau di mana sahaja anda berada.
7. Berry Coklat - anda agak misteri, kuat tetapi tetap seorang yang manis di pandang orang lain.
** Sekadar gambaran sahaja. Sama ada ianya benar atau tidak, hanya diri si pemakai lipstik itu sendiri sahaja yang mengetahui bagaimanakah dirinya yang sebenarnya.