Dalam sebuah hadis,
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.
Antara adab-adab menyambut tetamu ialah :
1 – Niat yang betul
Tuan rumah perlu berniat mengharapkan pahala dalam menyambut kedatangan tetamu daripada makanan yang dihidangkan serta sambutan yang baik kepada mereka. Tetamu juga hendaklah meniatkan pahala daripada mendatangi undangan tersebut kepada tuan rumah. Dengan demikian, kedua-dua belah pihak akan mendapat pahala atas sebab itu.
2 – Memuliakan tetamu
Tuan rumah perlu menerima tetamunya dengan hormat dan memuliakan, iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3 – Menempatkan tetamu di tempat yang sesuai
Mempersilakan duduk di tempat yang paling selesa. Jika tetamu wanita, tempat yang tidak menyingkap aurat mereka. Tempat yang tidak tersebar bau yang kurang senang dan kotor.
4 – Menyegerakan hak tetamu
Hidangkanlah kepada tetamu jamuan yang istimewa pada hari pertama dan malamnya manakala pada hari berikutnya adalah jamuan biasa. Ini bersandarkan kepada hadis Nabi saw,
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته, قالوا : يا رسول الله, وما جائزته ؟ قال : يومه وليلته . والضيافة ثلاثة أيام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu).” Para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, Jaizahnya bila?” Nabi saw menjawab : “(Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya.”” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tuan rumah perlu segera menghidangkan hak tetamu seperti air minuman, makanan dan sebagainya. Jangan lambat dalam menyediakan hidangan sehingga tetamu hampir pulang. Menghidangkan makanan merupakan adab yang dianjurkan, sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang bermaksud, “Lalu dihidangkan kepada mereka.” (Surah al-Dhariyat 51:27)
5 – Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu
Makanan yang istimewa untuk tetamu pada hari pertama seelok-eloknya ialah daging sekiranya mampu. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 64 ketika menceritakan Nabi Ibrahim a.s sewaktu menyambut tetamunya. Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih seekor anak lembu yang gemuk untuk tetamunya. Itu ialah hidangan terbaik yang dimiliki baginda.
Walau bagaimanapun, tuan rumah tidak perlu memberatkan diri di luar kemampuannya dalam menyediakan makanan kepada tetamu. Sabda Rasulullah saw,
لا يتكلفن أحد لضيفه ما لا يقدر عليه
Maksudnya : “Janganlah seseorang itu membebankan dirinya untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Namun, hidangan yang disediakan untuk tetamu perlu disertai dengan sikap memuliakan mereka.
6 – Layanan terbaik kepada tetamu
Melayani sendiri tetamu merupakan satu adab yang dianjurkan dalam al-Quran, sebagaimana yang disebut dalam kisah Ibrahim a.s. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Kemudian ia masuk menemui keluarganya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata, “Silakan makan.”” (Surah al-Dhariyat 51:26-27)
Antara layanan baik yang boleh diberikan kepada tetamu seperti menyediakan tempat tidur yang bersih, memastikan anak-anak tidak bising, tidak mengganggu tetamu dan sebagainya.
7 – Menghantar ke muka pintu
Apabila tiba waktu tetamu akan pulang, tuan rumah perlu menghantarnya sampai ke pintu rumah sebagai tanda memuliakan dan menghormatinya.
Abu ‘Ubaid pernah mengunjungi Imam Ahmad di rumahnya. Dia bercerita, “Ketika aku bangkit ingin pulang, Imam Ahmad juga bangun bersamaku. Aku berkata, “Jangan susah wahai Abu Abdillah.” Beliau mengatakan bahawa al-Sha’bi berkata, “Termasuk kesempurnaan menuliakan tetamu ialah tuan rumah berjalan bersama tetamu hingga ke pintu rumah dan sehingga mereka menaiki kenderaannya.”” (al-Adab al-Sha’iyyah, jilid 3 halaman 227)
Tuan rumah tidak terus masuk ke rumah dan mengunci pintu sejurus tetamu keluar rumah kecuali setelah tetamu sudah berlalu pergi atau kenderaannya sudah berjalan.
Demikianlah adab-adab yang perlu diamalkan bagi memuliakan tetamu yang menziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
* Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
* Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
* Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
* Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
* Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
* Mendapat dosa.
* Merenggangkan hubungan silaturrahim.
* Tidak dihormati oleh masyarakat.
* Menimbulkan fitnah.
Sumber : Diubah-suai dari Solusi Isu#35 (petikan ensiklopedi Adab Islam menurut al-Quran dan as-Sunnah, Pustaka Imam asy-Syafi’I, Jakarta) dan UstHjHishamuddinMansor.

No comments:
Post a Comment