Friday, 6 January 2012

KHASIAT KACANG SOYA HIJAU

 
EDAMAME

Bagi penggemar makanan Jepun, sudah pasti edamame adalah antara makanan yang menjadi pilihan untuk dikudap-kudap sembil menunggu menu yang dipesan siap dihidangkan. BG pun suka mengunyah kacang yang sedap berlemak ini. Edamame sebenarnya adalah sayuran hijau yang biasanya dikenali sebagai kacang soya hijau yang boleh ditemui di ditemui di Jepun, China, Hawaii, dan Korea. Ia dituai pada kemuncak kematangannya sebelum mencapai waktu ‘pengerasan’.

Edamame bermaksud 'kacang ranting', secara terperinci jika dialih-bahasakan, 'eda'=ranting dan 'mame'=kacang. Ði China, kacang soya hijau ini dikenali sebagai maodou yang membawa maksud 'kacang berbulu'. Ði Korea, edamame disebut kong, istilah umum yang digunakan untuk semua biji. Edamame tergolong dalam keluarga Fabaceae.

 
Kacang soya muda/hijau ~ Edamame bersama ranting

Ði Asia Timur, kacang soya telah digunakan selama lebih dari dua ribu tahun sebagai sumber utama protein. Kacang soya dikatakan ditanam di China seawal 1200 sebelum Masihi. Semasa kurun ke-18, kacang soya telah diperkenalkan ke Eropah. Kini kacang soya boleh didapati di seluruh dunia.

Edamame pula sering dimakan sebagai snek, hidangan sayur, dijadikan sup atau diproses menjadi hidangan pencuri mulut. Untuk dijadikan snek, pod/twig atau lengai/ranting kacang soya ini akan direbus seketika di dalam air bergaram. Apabila ia telah masak, kekacang berwarna hijau ini perlu dikeluarkan daripada lengainya sebelum dimakan begitu sahaja.

 
Bunga soya

Edamame atau kacang soya hijau amat berbeza daripada kacang soya yang telah matang dan keras yang berwarna kuning. Ini kerana edamame memiliki tekstur lebih lembut dan rasa yang sedap. Memakan edamame dengan kerap dikatakan mampu memberikan kebaikan pada kesihatan tubuh.

Sungguh pun kacang edamame kecil, namun khasiat dan zat yang dimilikinya amat besar. Edamame memiliki kandungan tinggi asid lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat dan juga beberapa mineral dan vitamin seperti mangan, zink, fosforus, kalium, magnesium, besi, kalsium, vitamin C, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin 5 (asid pantothenic) dan vitamin K.

 
Kacang soya matang/tua

Kebaikan edamame kepada kesihatan juga tidak kurang hebatnya. Edamame membawa kebaikan kepada kardiovaskular. Ðikatakan isoflavones seperti genistein dan daidzen yang terdapat di dalam edamame dan juga produk soya yang lain mampu membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol.

Kelebihan edamame kepada kardiovaskular ini boleh ditingkatkan apabila ia dijadikan sumber protein utama di sebalik daripada mengambil daging. Selain daripada isoflavones, edamame juga dikatakan menyediakan sejumlah vitamin K yang signifikan dan amat baik untuk kesihatan jantung.

 
Edamame yg telah dikupas

Sumber terbaik protein

Ðisebabkan edamame adalah sumber terbaik protein, perkara ini menjadikan ia sebagai snek paling popular di kalangan atlet yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian. Ðikatakan setengah cawan edamame menawarkan 11 gram protein. Edamame juga dikatakan mengandungi ke semua sembilan asid-asid amino baik yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.

Kandungan lemak yang terdapat dalam edamame adalah sihat untuk jantung dan membantu merendahkan kolesterol dan juga merendahkan risiko penyakit jantung. Edamame juga dikatakan hanya menyediakan sebanyak 125 kalori.

Ðikatakan dengan memakan edamame sekerap boleh, ia bakal meningkatkan kesihatan tulang. Ini disebabkan kandungan isoflavones yang terdapat di dalamnya mengekalkan ketumpatan tulang sihat melalui dorongan kesan yang sama terhadap estrogen pada tisu tulang. Edamame merupakan sumber kalsium yang amat diperlukan bagi tulang yang kuat.

Serat pemakanan yang terdapat dalam edamame dikatakan mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol. Serat pemakanan ini memastikan anda berasa kenyang. Perkara ini sekaligus membantu anda mencegah amalan atau tabiat pemakanan yang buruk. Walaupun begitu, edamame mengandungi protein yang menyebabkan pengurangan tahap testosterone. Edamame juga dikatakan mengandungi folat dan dikatakan boleh dipertimbangkan sebagai makanan sihat untuk wanita mengandung dan ketika fetus sedang terbentuk.

Walaupun edamame menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kesihatan tubuh, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Edamame 
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)

Energy
448 kJ (107 kcal)
Carbohydrates
12 g
- Sugars
3 g
- Dietary fiber
6 g
Fat
6 g
Protein
12 g
Thiamine (Vit. B1)
0.2 mg (17%)
Riboflavin (Vit. B2)
0.3 mg (25%)
Niacin (Vit. B3)
1.1 mg (7%)
Pantothenic acid (B5)
0.6 mg (12%)
Vitamin B6
0.2 mg (15%)
Folate (Vit. B9)
358 μg (90%)
Vitamin C
11.4 mg (14%)
Vitamin K
37 μg (35%)
Calcium
71 mg (7%)
Iron
2.5 mg (19%)
Magnesium
72 mg (20%)
Manganese
1.2 mg (57%)
Phosphorus
190 mg (27%)
Potassium
569 mg (12%)
Zinc
1.6 mg (17%)

Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source: USDA Nutrient database

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...