UNITED KINGDOM – Julie Middleton, 40, terkejut apabila mendapat berita dari pihak polis bahawa otak bayinya, Regan yang meninggal dunia 13 tahun lepas disimpan di dalam balang di Southampton General Hospital.
Mimpi ngeri ibu itu yang kematian anak kembali lagi apabila memikirkan mayat bayinya yang ditanam dulu adalah tidak ‘lengkap’.
Menurut laporan dari akhbar The Sun, Julie langsung tidak mengetahui tentang otak Regan yang berusia enam minggu ketika itu telah ‘diambil’ oleh seorang doktor dari hospital terbabit ketika proses bedah siasat dijalankan.
“Saya berasa sangat sakit dan dikecewakan apabila orang yang saya percaya mengkhianati saya.
“Sukar untuk saya percaya mayat bayi saya dipulangkan dengan tidak lengkap,” Julie meluahkan kekesalannya.
Julie juga mendakwa kejadian ini benar-benar membuatkan hatinya terusik sementara dia tidak dapat menjaga Regan sejak dari kecil meskipun ia sudah berlaku beberapa tahun lepas.
“Saya rasa dibohongi kerana mereka mencuri ‘sesuatu’ milik bayi saya dan kemudiannya menyorokkan tentang hal itu,” tambah Julie.
Kes jenayah ini dibongkarkan semasa audit negara sedang melakukan siasatan ke atas sampel tisu manusia yang disimpan oleh pihak polis.
Pihak polis juga percaya terdapat banyak lagi kes-kes seumpama ini yang masih lagi tersembunyi.
Seorang jurucakap Hospital Besar berkata, mereka telah diminta untuk menjaga otak berkenaan atas permintaan Pejabat Polis Dalam Negeri Dorset sebagai siasatan kes forensik untuk seorang koroner.
Pun begitu, bayi malang ini dilaporkan tidak pernah didaftarkan sebagai pesakit untuk hospital berkenaan.
Julie bagaimanapun mendakwa, dia dan bekas suaminya, Michael Wilson tidak akan menghadiri proses ‘penanaman’ otak bayi mereka untuk kali yang kedua setelah menghadapi saat pilu sewaktu upacara pengkebumian Regan 13 tahun lepas.
No comments:
Post a Comment