Friday 23 March 2012

KENAPA BERCERAI...?

 


TIADA siapa mahukan perceraian, tetapi ada kalanya itulah pilihan yang ada. Hendak menuding jari, ia hanya menambah luka selain kekusutan apabila hakikatnya 'nasi sudah menjadi bubur.' 
Hidup perlu diteruskan dan apa yang berlaku menjadi iktibar bagi mengelak perkara berulang.


Kerukunan rumah tangga juga tidak dapat dipupuk dalam sehari dua. Jadi, ia berbalik kepada asas agama dan kami berasakan, mungkin baik jika modul kursus pra perkahwinan ini dijadikan sebagai silibus pelajaran. - Saimah Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM
Cuma agak membimbangkan apabila perkara yang dibenci agama ini kian ketara. Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit dalam kalangan umat Islam dan jumlah itu dipercayai meningkat dari tahun ke tahun berpunca daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

Apabila kes perceraian menjadi sesuatu yang lazim, timbul persoalan di mana silapnya masyarakat hari ini? Apakah ada sebarang cara mengekang perkahwinan yang dilayari menjadi roboh dalam masa sebegitu cepat dan bergelar janda ketika inai masih merah di jari? 

Selain sikap individu sebagai pelaku utama perceraian, timbul juga pertanyaan mungkinkah ada kepincangan dalam kursus praperkahwinan yang mungkin sekadar melepaskan batok di tangga - mengajar yang asas tetapi tidak mendidik pasangan mengenai peri pentingnya ilmu melayari rumah tangga sebagai suami isteri dan mempertahankan ikatan sehingga ke akhir hayat.

Benarkah sebegitu dan apakah ada formula bagi menangkis perceraian? Pertanyaan itu sudah pasti diajukan kepada pihak berwajib, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menjadi antara pihak paling akrab dengan isu nikah cerai dan dasar berkaitan keagamaan. 
Antara lain, JAKIM menyarankan supaya modul kursus pra perkahwinan dijadikan satu silibus baik di peringkat sekolah menengah dan universiti bagi menangani masalah perceraian.

Ia juga antara usaha dirasakan perlu bagi JAKIM dalam mempersiapkan setiap individu dengan ilmu asas agama dan fardu ain merangkumi ilmu akidah (tauhid), ibadah/kebersihan (fiqah) serta akhlak yang akan menjadi teras sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 


INFO: Punca perceraian

1. Tiada persefahaman
2. Masalah nafkah
3. Penagih dadah
4. Pemabuk
5. Suka berjudi
6. Tahanan penjara
7. Tahanan pusat serenti
8. Penghidap HIV/Aids
9. Lemah tenaga batin
10. Dingin dalam hubungan seks
11. Sakit berkekalan
12. Masalah kewangan
13. Masalah hutang
14. Poligami
15. Ada hubungan sulit
16. Pergaulan bebas pasangan
17. Kuat seks
18. Panas baran
19. Cemburu
20. Tidak bertanggungjawab/ abai keluarga
21. Lari dari rumah
22. Keluar tanpa izin
23. Ingkar
24. Ego
25. Curang
26. Murtad
27. Kahwin paksa
28. Campur tangan keluarga/pihak ketiga
29. Terlalu mementingkan keluarga
30. Tidak bekerja
31. Kurang pengetahuan agama
32. Terlepas lafaz cerai
33. Bersikap materialistik
34. Suka berleter
35. Tidak mahu menjaga anak
36. Queen Control
37. Mengamal ajaran sesat
38. Perbezaan budaya dan adat
39. Pulang ke negara asal.
40. MATI......!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...