Tuesday 27 November 2012

SAIZ PAYU DARA BESAR DIGUNAKAN UNTUK MEMBUNUH !

Jerman – Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah selepas dia didakwa cuba membunuh teman lelakinya dengan menggunakan payu daranya bersaiz 38DD sebagai senjata dan berpura-pura ia adalah satu permainan seks.

 Cuba Bunuh Teman Lelaki Guna Payu Dara?

Franziska, 33, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, malah mendakwa teman lelakinya, Tim Schmidt mengetahui mengenai permainan seks tersebut.

HAPPY WEDDING, HAIRIE OTHMAN......

Hairie Othman Selamat Bekahwin. Tahniah!

Sekitar Oktober lalu, Mynewshub.my ada melaporkan yang pelakon yang sudah mula berkecimpung dengan dunia politik, Hairie Othman bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang anak VIP bergelar Datuk.

Perkhabaran itu diterima selepas Hairie dikatakan telah mengedarkan kad undangan perkahwinan bersama gadis pilihannya iaitu Dahlia Diana kepada beberapa rakan media.

TAYANG PAYUDARA DI RANCANGAN MEMASAK

Tayang Buah Dada Punya Pasal Dah Kena Tegur!

Selalunya, apabila kita menonton rancangan masakan, pastinya tukang masak atau Chef dalam rancangan itu akan berpakaian elok dan tertutup rapi.

Berpenampilan kemas sememangnya penting dalam bidang masakan.

Tetapi berbeza bagi seorang Chef yang berasal dari Indonesia.

Friday 23 November 2012

APAKAH WARNA LIPSTIK KEGEMARAN ANDA..?

Tahukah anda..... warna lipstik yang anda pakai itu sebenarnya mencerminkan peribadi anda.....

 

1. Warna Merah Tua  - digambarkan anda sebagai seorang yang menarik, ceria, periang, memiliki kepercayaan diri yang tinggi dan anda berjiwa sangat kewanitaan.

2.  Warna Merah Muda -  mencerminkan keperibadian anda yang jujur, tulus, lembut, merasa selesa jika orang lain selesa dengan anda. Namun begitu, jika anda berkulit gelap, warna ini kurang sesuai untuk bibir anda...

3.  Oren  -  anda digambarkan sebagai seorang yang sentiasa mahu tampil lain dari yang lain atau anda sering mahu bertentangan dengan orang lain.

4.  Ungu Tua  -  mahu berkuasa, suka memerintah, mahu orang lain menuruti kehendak anda dan anda digambarkan seorang yang mempunyai fikiran berbeza dari orang lain.

5.  Krim - anda seorang yang dingin, terlalu berhati-hati dan sering menjarakkan diri anda dari orang lain.

6.  Transparent  -  anda memiliki sifat feminin yang tinggi, sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa pandai menjaga penampilan walau di mana sahaja anda berada.

7.  Berry Coklat  -  anda agak misteri, kuat tetapi tetap seorang yang manis di pandang orang lain.

** Sekadar gambaran sahaja. Sama ada ianya benar atau tidak, hanya diri si pemakai lipstik itu sendiri sahaja yang mengetahui bagaimanakah dirinya yang sebenarnya.

Monday 19 November 2012

PENGACARA MAJLIS......

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

GAZA YANG BERMANDI DARAH....

 


GAZA CITY -  Bumi Gaza terus bermandi darah kerana dihujani bedilan roket serta bom yang disasarkan dari pelbagai sudut termasuk di udara dan laut menyebabkan tiga kanak-kanak yang berlindung di kem pelarian Bureij, tengah Gaza terkorban, hari ini.

Menurut sumber paramedik, kem pelarian Jebalya turut dibedil sebanyak dua kali dan membunuh seorang kanak-kanak serta mencederakan 12 yang lain.

Thursday 15 November 2012

DEMI 3 BERADIK OKU, RELA TERUS MEMBUJANG....

TERHARU....
Pengorbanan seorang wanita yang memiliki tahap pendidikan luar negara,  terhadap 3 beradik kandungnya, sehingga sanggup melupakan keutamaan dirinya, sangat menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya...

 
gambar hiasan



KUALA KANGSAR : Seorang guru wanita sanggup berstatus andartu dan melupakan hajatnya mendirikan rumah tangga demi menjaga dua kakak dan seorang adik perempuannya yang terlantar sakit akibat penyakit misteri.

GUNUNG LEDANG : MITOS SEORANG PUTERI

 

Rahsia Gunung Ledang

Melihat Gunung Ledang dari sudut geografi, ia terletak di kawasan Sagil, dalam daerah Tangkak yang bersempadanan dengan daerah Jasin di Melaka. Ia juga di katakan mengambil masa kurang dari 40 minit dari Segamat. Gunung setinggi 4,187 kaki (dari aras laut) silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang
menguasai negeri Melaka pada tahun 1511.

Thursday 8 November 2012

GENG LOGEN DAN GANG NAGEN YANG AKTIF MENYAMUN TUMPAS DI PERAK !

 Shaharon Anuar menunjukkan parang dan wajah kedua-dua suspek yang dipercayai Geng Logen

BATU GAJAH – Polis menumpaskan dua kumpulan samun yang dikenali sebagai Geng Logen dan Geng Nagen setelah menahan 10 lelaki dalam beberapa serbuan di kawasan ini, Jumaat lalu.

DIPENJARA SETAHUN KERANA TERBIT FILEM ANTI-ISLAM

Mark Basseley Youssef

LOS ANGELES – Lelaki disebalik penerbitan filem anti-Islam yang mencetuskan kemarahan dan protes di negara Islam, hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menipu bank tahun lalu.

Monday 5 November 2012

CARA PALING BERKESAN UNTUK MEMPOPULARKAN RANCANGAN TV

 
Jika rancangan tv yang anda hoskan tidak popular atau tidak mendapat sambutan dari penonton, anda patut tiru cara hos ini melakukannya...  Dia tahu bagaimana memancing aksi provokatif untuk memaksa penonton rajin menonton acara yang dihostkannya.
 
Pamela David, dijuluki sebagai host tv paling berani, seksi dan paling 'tidak beradab' di Argentina. Demi menaikkan rating persembahan Night Games yang dihoskannya, Pamela menggunakan sepenuhnya keseksian lekuk-lekuk tubuhnya dalam balutan pakaiannya yang busana yang sangat seksi, minima dan transparent.
 
Mantan Playboy Cover Girl 2006 ini sangat menyedari potensi semulajadi yang dimiliki tubuhnya mampu menarik penonton televisyen untuk duduk lebih lama di depan layar tv dengan melihat keseksian tubuhnya yang di lapik oleh pakaian seumpama tidak cukup kain itu.

VIDEO MISTERI : CAHAYA LAJU SELAMATKAN PENUNGGANG MOTOSIKAL DARI DILANGGAR

 

Difahamkan, Video ini telah diupload di Youtube beberapa hari yang lepas yang menunjukkan penunggang motosikal telah diselamatkan oleh sesuatu ketika hampir dilanggar sebuah lori. Penunggang motosikal itu ghaib dan muncul kembali di belakang lori tersebut. Kelihatan juga satu cahaya yang laju datang kearah motosikal tersebut ketika dia hampir dilanggar. Apakah yang terjadi? Adakah video telah diedit? Wallahualam...



Lihat pen patah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...