Monday, 27 August 2012

AHLI FIZIK MASUK ISLAM, KAJI MATAHARI TERBIT DI BARAT

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.


Pusat Islam Kyiv
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu. 

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah. 


Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Sumber;

NEIL AMSTRONG BUKA RAHSIA KEBESARAN ALLAH SEBELUM MENINGGAL...?



NASA Sembunyikan Kehebatan Kota Mekah

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….

Saturday, 11 August 2012

APA KAITAN ISRAEL DAN YAKJUJ & MAKJUJ

Siapa atau apa itu Yakjuj & Makjuj yang disebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, surah al-Kahfi bersama cerita Zulqarnain itu? Persoalan ini pastinya menjadi misteri dan perdebatan dari semasa ke semasa. Oleh sebab al-Quran hanya menyebut secara ringkas dan sedikit sahaja tentang Yakjuj & Makjuj ini, jadi para ulama' dan cendekiawan muslim telah sedaya upaya menghuraikan tentang makhluk misteri ini dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman masing-masing.

Satu huraian yang begitu detail, dengan segala dalil dan hujah akademik sama ada daripada tafsiran al-Quran itu sendiri, tafsiran kitab-kitab agama lain seperti Bible, cerita-cerita daripada inskripsi purba, cerita-cerita daripada buku-buku sejarah sama ada yang ditulis daripada penulis barat atau muslim, semuanya dihuraikan satu persatu tentang sifat, watak, profail, sejarah, asal-usul, dan perkembangan bangsa Yakjuk & Makjuj dalam huraian yang begitu menarik boleh dibaca daripada buku karangan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko seorang calon Ph.D dari Univerisiti Brawijaya Indonesia ini.

Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan tentang takrif dan sejarah Yakjuj & Makjuj terlebih dahulu (atau disebut juga sebagai Gog Magog) dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa Yakjuj & Makjuj adalah bangsa Scythia yang mendiami secara nomad di kawasan Utara Asia (Padang Rumput Eurasia). Hal ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan arkeologi perkuburan dan mumia orang Scythia. Keturunan mereka tersebar dari Eropah Timur (Ukraine Romania dan Rusia) hingga ke Mongolia. [lihat pada mukasurat 215].

Seterusnya dihuraikan di mana bangsa Yakjuj dan Makjuj sekarang ini. Kesimpulan akhir membuktikan bahawa bangsa Yakjuj & Makjuj ada kaitan dengan bangsa Israel yang bersebaran sekarang ini di US dan Eropah.

Oleh sebab cendekiawan barat juga menemui bukti bahawa bangsa Israel adalah Gog Magog yang disebut dalam kitab-kitab mereka sebagai bangsa pemusnah, jadi mereka cuba menimbus fakta sejarah ini bahkan cuba mengelirukan dunia dengan mengatakan bahawa bangsa Gog Magog adalah bangsa umat Islam yang pada akhir zaman akan membuat kerosakan kepada dunia.

Kredit perlu diberi sepenuhnya kepada Muhammad Alexander kerana beliau telah sedaya upaya menangkis serangan barat ini dan membuktikan bahawa bangsa Israel adalah sebenarnya bangsa Gog Magog tersebut sekaligus inilah Yakjuj & Makjuj yang dimaksudkan oleh al-Quran.

Yang pasti, baginda Nabi Muhammad s.a.w. memang pernah membuat ramalan (yang pastinya ramalan Rasul berasaskan wahyu yang pasti benar) bahawa di akhir zaman, Yakjuj & Makjuj akan kembali merosakkan dunia dan tidak ada kekuatan untuk mengalahkan mereka (sehingga lahirnya Imam Mahdi dan pastinya selepas itu memerlukan juga bantuan Nabi Isa yang diturunkan kembali oleh Allah bagi menyelematkan Muslim Mukmin yang sejati).

Selepas Yakjuj & Makjuj disekat oleh Zulqarnain yang telah membina tembok pemisah (yang tidak boleh dipanjat dan ditebuk-sila lihat tafsiran dalam surah al-kahfi), Yakjuj & Makjuj seolah-olah telah hilang taringnya. Tapi yang pasti, bangsa ini tidak pernah pupus, dan hari ini memang bangsa Israel yang tiada negaranya sendiri ini, berasal dari bangsa Yakjuj & Makjuj ini sedang kembali mengganas di persada dunia dengan cara ganas yang sesuai dengan peredaran zaman.

Inilah amaran daripada Baginda Nabi yang patut sentiasa diingat oleh umat Islam supaya berwaspada dengan serangan Yakjuj & Makjuj yang dalam maksud modennya sekarang ialah Israel itu sendiri.

Sedikit kesimpulan daripada karangan Muhammad Alexander, pada mukasurat 550 [wow-memang agak tebal buku ini dan pastinya dengan niat untuk menimba ilmu, banyak pahala yang anda dapat daripada membaca buku ini kerana ada hadis menyatakan bahawa menimba ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat 1000 rakaat - pasti kita tak mampu nak solat 1000 rakaat tapi untuk menghabiskan setebal 550 muka surat, saya rasa, anda mampu] buku tersebut:

"Bahkan selepas menemui hubungan Scythia = Israel, para evangelis-zionis cuba membersihkan watak Scythia, daripada pengganas abad 8-5 SM, menjadi bangsa yang baik, berasal daripada keturunan Nabi Ishak (Isaac). Nama Isaac didakwa sebagai asal dari nama 'Saca' atau 'Scythia'. Langkah selanjutnya, demi menjaga hubungan baik dengan bangsa Eropah dan Amerika. Para evangelis-zionis membuat suatu kesimpulan bangsa-bangsa Eropah dan Amerika adalah keturunan Scythia (Israel). Berdasarkan sumber-sumber Evangelis-Zionis ini dapat disimpulkan Gog Magog adalah Scythia, Scythia atau Saca atau Saxon (Anglo Saxon) keturunan Israel, yang sekarang menjadi bangsa-bangsa Eropah dan Amerika. Logiknya, kolinialisme bangsa Eropah ke atas negeri-negeri timur dan Islam pada abad 18-20M, adalah salah satu eposid keluarnya Yakjuj Makjuj / Gog Magog."

Wednesday, 8 August 2012

BUAH MAHKOTA DEWA

 

Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.

 Biasanya untuk tahan lama dan senang digunakan buah mahkota dewa yg sudah matang di petik, dicuci dan dihiris nipis kemudian dikeringkan dibawah panas mentari. Buah kering ini boleh disimpan lama bergantung kepada kekeringannya. Jika tak cukup kering hirisan tersebut akan berkulat. jika berkulat ianya berbahaya pula kepada kesihatan. Cara guna hanyalah dengan merendam beberapa hirisan kering dengan air panas ke dalam secawan air. Biarkan beberapa minit sebelum diminum. Tak perlu campur gula.Amalkan minum pagi dan petang atau pada bila2 masa.

Khasiat buah mahkota dewa ini banyak sangat bolehlah tanya dengan pakcik google. Cuma hati2 jika kita ada penyakit berbahaya eloklah tanya doktor dahulu. Air rebusan atau rendaman mahkota dewa ini sebenarnya menyegarkan badan dan jika diamal selalu akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.Ada beberapa website yang memberikan petua minum air rebusan buah mahkota dewa yang dicampur dengan herba lain, pengguna perlu hati2 kerana sebarang campuran herba yg tidak diluluskan kementerian kesihatan mungkin akan membahayakan kesihatan. Jadi ada baiknya buah mahkota dewa diguna tanpa campuran lain.

Tanamlah pokok mahkota dewa kerana buahnya jika dibeli agak mahal juga. Pokok besar setinggi 2kaki biasanya dijual dgn harga RM30-RM40. Pokok mahkota dewa ditaman dari biji buahnya.

SETANDAN PISANG KEMBAR 'SIAM' SESIKAT...


Tuah setandan pisang abu kembar
 Chuan Haw menunjukkan pisang abu kembar sesikat dijual dengan harga RM350.
IJOK– Seorang pemborong buah-buahan gembira apabila setandan pisang kembar (melekat pada setiap sisirnya)  yang dibeli dari petani Kampung Sangkut terjual dengan nilai jauh lebih tinggi berbanding harga biasa iaitu mencecah RM350.
Pemborong, Eng Chuan Haw, 40, berkata, pisang abu atau pisang batu tu  ditemui  dalam keadaan pelik iaitu setiap pisang tersebut melekat antara satu sama lain.
Menurutnya, disebabkan keunikan pisang berkenaan, dia yang membuka bengkel motosikal di Kampung Mesjid membeli buah berkenaan dengan harga sekitar RM40 setandan.
"Saya tidak menyangka pisang yang diletakan di premis saya menjadi perhatian orang ramai.
“Malahan, saya ditawarkan dengan harga RM50 sesikat menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM350,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Chuan Haw, buah berkenaan mendapat perhatian seorang peminat pisang yang mendesaknya untuk menjual buah berkenaan dengan harga yang tinggi.
Katanya, walaupun dia berat hati ingin menjual pisang itu namun dia akur dan penemuan ini merupakan yang kali kedua di mana sebelum ini, dia turut menjual pisang kembar dengan harga RM200.
“Namun pisang kembar bukan mudah untuk ditemui dan mungkin sekadar bonus bagi saya, namun saya menerimanya dengan senang hati,” katanya.

Sunday, 5 August 2012

SUMBANGAN KHAS RAMADHANNULKARIM 1433 H

MAJLIS SUMBANGAN KHAS 
SEMPENA RAMADHAN 1433 H / 2012 OLEH MENTERI BESAR PERAK,
DATO' SERI DR. ZAMBRY BIN HJ. ABD. KADIR

PADA 5 OGOS 2012 (AHAD), BERTEMPAT DI DEWAN ORANG RAMAI BATU 14 LEKIR

KAMPUNG YANG TERLIBAT :
BATU 8 LEKIR
TANJUNG KEPAH
BATU 10 LEKIR
SUNGAI TIRAM
BATU 14 LEKIR
BATU 15 LEKIR
KG. KAYAN
DESA PEMARAK
ULU KAYAN

JUMLAH PENERIMA :  297 ORANG

SUMBANGAN DIAGIHKAN KEPADA :
ANAK YATIM
WARGA OKU
WARGA EMAS
FAKIR MISKIN












Semoga semua penerima sumbangan akan beroleh keberkatan..... InsyaAllah


 

KUCING LAHIRKAN 8 ANAK KEMBAR SIAM BERCANTUM

KLUANG: Seekor kucing yang dipelihara sejak lima tahun lalu dan diberi nama ‘Mak Boy’ melahirkan lapan anak kembar siam, kelmarin.

Pemiliknya, Arafat Subandi, 28, berkata, kelahiran yang berlaku di rumahnya di Felda Kahang Barat di sini, pada jam 8 malam hanya disedarinya selepas berbuka puasa. 
“Saya terkejut apabila mendengar Mak Boy berbunyi kuat sebelum melahirkan anak walaupun sudah menjangka dia akan beranak.

“Bagaimanapun, saya terkejut ketika cuba mengangkat anaknya kerana semuanya melekat antara satu sama lain,” katanya.

Arafat yang juga kontraktor berkata, dia yang mengutip Mak Boy di tepi jalan sebelum menjadikannya kucing peliharaan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan menyifatkan haiwan itu baik dan mendengar kata.


sumber : Harian Metro

Saturday, 4 August 2012

SAINTIS ISLAM PENCIPTA ASAL KAMERA


Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbitkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia". Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai oleh Barat serta Jepun. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.


Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.




Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. 

“Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” kata Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). 

Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.

Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.
 

ANAK ANGKAT MENTERI BESAR PERAK SHOPPING SAKAN DI AEON IPOH

DS Zambry Bersama Isteri Meluangkan Masa Bersama Anak-anak Angkat Menteri Besar Membeli-belah Pakaian Baju Raya Di AEON Station 18 Pagi Tadi.

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY321.jpg


http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY30.jpg 

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY281.jpg 

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY271.jpg 

 http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY231.jpg
http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY152.jpg
http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY122.jpg
http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY52.jpg
http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/PERAKTODAY29.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...