Friday 15 November 2013

DISEBALIK KEHIDUPAN 'GLAMOUR' BEKAS RATU CANTIK MALAYSIA


Miss Universe Malaysia 2002 Karen Ang

Dia sendiri tidak menyangka, kemenangannya itu telah mengheret dirinya dalam kontroversi yang cukup menyeksa jiwa raganya.Tujuh tahun selepas dimahkotakan sebagai pemenang, gambar porno bekas pramugari MAS itu dikatakan tersebar dalam internet.

Gambar sex yang menyerupai wajah Karen

Beberapa gambar aksi seks yang menyerupai wajahnya mula merebak dalam dunia maya. Karen bertegas MENAFIKAN wanita dalam gambar itu adalah dirinya!Mungkin kerana kecewa dengan tuduhan tersebut, Karen yang kini berusia 37 tahun memilih untuk menjalani kehidupan biasa, tanpa publisiti dan kemahsyuran seperti mana idaman mereka yang bergelar Ratu Cantik seperti dirinya. 

Miss World Malaysia 1975 Fauziah Harun

Fauziah mendakwa berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Kadar Shah pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.Disebabkan perkahwinan tersebut telah lama berlalu, ia tidak dapat didaftarkan berikutan ketiadaan saksi dan dokumen yang dapat dikemukakan di mahkamah.Pasangan tersebut bagaimanapun mengaku wujud perkahwinan yang berusia 27 tahun itu dan mereka pun bercerai.

Fauziah dalam permohonannya menuntut mutaah, wang idah RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000.Plaintif juga menuntut hutang defendan dengannya sebanyak RM250,000 iaitu bayaran kereta yang dijanjikan mahu diselesaikan oleh bekas suaminya serta unit saham bernilai RM1.5 juta.


Fauziah menuntut mutaah, wang idah berjumlah RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 sebanyak RM600,000.Beliau juga menuntut hutang sebanyak RM250,000 yang merupakan bayaran kereta seperti yang dijanjikan oleh bekas suaminya itu dan juga unit saham bernilai RM1.5 juta.

Selain itu, Fauziah turut menuntut harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat serta tiga buah kereta mewah iaitu Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Miss International Malaysia 1969 Pauline Chai

Bekas ratu cantik, Pauline Chai mendakwa suaminya yang juga seorang jutawan, Tan Sri Khoo Kay Peng memperlakukan hidupnya seperti banduan di sebuah estet berkeluasan 404 hektar (ha) di Britain.

Bercakap di khalayak ramai buat pertama kalinya selepas memfailkan petisyen penceraian berprofil tingggi ke atas Khoo pada Februari, Chai, 66, mendakwa dia tidak boleh meninggalkan rumah tanpa kebenaran Khoo.

Beliau berkata, pekerjanya turut memaklumkan kepada Chai dalam satu e-mel bahawa dia hanya boleh membelanjakan £50 (RM248.38) seminggu untuk membeli makanan.

“Buah-buahan dan sayur-sayuran dibenarkan untuk makan tetapi saya tidak boleh makan sesetengah makanan yang diingini. Anak perempuan saya berkata kepada saya bahawa saya diperlakuan seperti seorang hamba,” katanya dalam satu laporan oleh sebuah tabloid British, Daily Mail.


Chai, yang juga Miss Malaysia/International 1969, meluahkan rasa gembira selepas memfailkan penceraian dengan berkata dia berasa terlalu ‘dikongkong dan sunyi’ sepanjang perkahwinannya suatu ketika dulu.

“Sepanjang perkahwinan kami, dia terlalu mengongkong saya tetapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya lebih bebas,” katanya.Beliau berkata tidak pernah bercakap dengan suaminya selama setahun dan mereka tinggal berasingan di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM149 juta) di sebuah estet di Rosway Park, dekat Berkhamsted, Hertfordshire.


Akhbar tabloid itu turut melaporkan Khoo dan Chai mempunyai pengawal keselamatan Gurkha sendiri untuk melindungi kawasan mereka di estet itu di mana Khoo tinggal dalam rumah agam dengan lima bilik tidur manakala Chai di ruang utama yang menempatkan 15 bilik tidur.-mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...