Wednesday 8 August 2012

SETANDAN PISANG KEMBAR 'SIAM' SESIKAT...


Tuah setandan pisang abu kembar
 Chuan Haw menunjukkan pisang abu kembar sesikat dijual dengan harga RM350.
IJOK– Seorang pemborong buah-buahan gembira apabila setandan pisang kembar (melekat pada setiap sisirnya)  yang dibeli dari petani Kampung Sangkut terjual dengan nilai jauh lebih tinggi berbanding harga biasa iaitu mencecah RM350.
Pemborong, Eng Chuan Haw, 40, berkata, pisang abu atau pisang batu tu  ditemui  dalam keadaan pelik iaitu setiap pisang tersebut melekat antara satu sama lain.
Menurutnya, disebabkan keunikan pisang berkenaan, dia yang membuka bengkel motosikal di Kampung Mesjid membeli buah berkenaan dengan harga sekitar RM40 setandan.
"Saya tidak menyangka pisang yang diletakan di premis saya menjadi perhatian orang ramai.
“Malahan, saya ditawarkan dengan harga RM50 sesikat menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM350,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Chuan Haw, buah berkenaan mendapat perhatian seorang peminat pisang yang mendesaknya untuk menjual buah berkenaan dengan harga yang tinggi.
Katanya, walaupun dia berat hati ingin menjual pisang itu namun dia akur dan penemuan ini merupakan yang kali kedua di mana sebelum ini, dia turut menjual pisang kembar dengan harga RM200.
“Namun pisang kembar bukan mudah untuk ditemui dan mungkin sekadar bonus bagi saya, namun saya menerimanya dengan senang hati,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...