Monday 14 January 2013

MAYA KARIN BERMISAI ?!

Maya Karin sememangnya sinonim dengan filem-filem yang diarahkan oleh Osman Ali. Khabarnya Maya turut memegang watak utama dalam filem terbaru arahan pengarah itu yang diberi judul Sejoli.

Apa yang menarik, terdapat babak dalam filem tersebut yang memerlukan Maya bermisai, dan nampaknya Maya kelihatan kacak dengan misai seperti yang boleh anda lihat dalam gambar di bawah.




 

Khabarnya ia mengisahkan tentang bekas-bekas kekasih pasangan Remy Ishak dan Izara Aishah iaitu Maya dan Bront yang cuba mensabotaj perkahwinan Remy dan Izara. Filem ini dikatakan bergenre komedi romantis.

Boleh kami katakan ia mengingatkan kami serba sedikit dengan filem My Best Friend’s Wedding di mana watak yang dilakonkan oleh Julia Roberts cuba mensabotaj perkahwinan bekas teman lelakinya, watak yang dilakonkan oleh Dylan McDermott dan bakal isterinya yang dilakonkan oleh Cameron Diaz.

Osman berjaya dengan filem komedi romantiknya sebelum ini iaitu Cun!, mungkinkah Sejoli akan mencatatkan kejayaan yang lebih lagi? Nantikan kemunculannya! SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...