Thursday 21 August 2014

GADIS MALAYSIA LARI KE INDONESIA IKUT KEKASIH MERAYU IBU MINTA TOLONG....


HUJAN EMAS NEGARA ORANG, HUJAN BATU NEGARA SENDIRI....Lebih baik negara sendiri....

Dh banyak berita disebarkan dan disiarkan sama ada di laman-laman sosial mahupun di media cetak dan elektronik mengenai 'kawin lari' - gadis Malaysia mengikut kekasih pulang secara haram ke negara asal. Kemudian si gadis menderita dan menyesal, lalu meminta pertolongan ibubapa untuk kembali ke tanahair semula. Namun masih ramai rupanya yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada semuanya itu... 


TERKINI... Melaka – “Ummi tolong adik ummi…adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu.

Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.


Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.

Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...