Thursday 17 September 2015

5 BUAH YANG MAMPU TURUNKAN BERAT BADAN


Ramai orang bertanggapan bahawa semua buah memiliki khasiat yang sama dalam program diet yang sedang mereka jalani. Hal ini tidak salah, tetapi ianya tidak benar juga. Terdapat beberapa jenis buah tertentu yang sangat tinggi dengan serat dan protein yang berfungsi sebagai “fat burners” atau pembakar lemak serta dapat membantu meningkatkan imunisasi. Beberapa jenis buah-buahan ini sangat berkhasiat kerana mempunyai kandungan gula yang lebih rendah daripada buah lain. Berikut adalah 5 jenis buah yang sangat baik untuk kesihatan dan diet anda.


1. Epal
Buah-Buahan Ini Terbukti Boleh Menurunkan Berat Badan Anda!
Jika anda sedang diet, maka epal adalah buah yang terbaik kerananya ia dapat membantu anda menurunkan berat badan. Selain manis, ianya juga kaya dengan serat dan rendah kalori. Epal juga mempunyai vitamin dan mineral yang amat baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda mengambil buah epal sebagai menu diet anda.


2. Buah Pear

Buah pear adalah buah yang kaya dengan serat di mana ianya dapat membantu anda merasa kenyang . Jadi jika anda sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, sebaiknya anda perlu menngambil buah pear dalam menu harian anda. Selain kaya serat, buah pear juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sekaligus buah yang baik untuk kesihatan jantung anda kerana kandungan potasiumnya yang tinggi!


3. Pisang

Pisang yang tinggi dengan potasium dan serat akan membantu dan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Selain itu, pisang juga merupakan satu-satunya buah yang mengandungi sumber vitamin B6 yang tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi hampir 30% vitamin B6 yang diperlukan bagi tubuh badan. Vitamin B6 ini akan membantu meningkatkan imunisasi terhadap penyakit sekaligus menurunkan risiko anda terhadap serangan penyakit jantung.


4. Blueberry

Blueberry merupakan buah yang sangat istimewa mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Mengamalkan blueberry akan membantu tubuh anda memerangi faktor-faktor yang boleh merosakkan metabolism tubuh badan. Blueberry mampu mengatasi masalah seperti tekanan darah tinggi, obesiti, dan kolesterol.


5. Strawberi


Mengamalkan pemakanan buah strawberi akan membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah kerana buah ini dapat merangsang pertumbuhan hormon adiponektin dan leptin yang berfungsi sebagai pembakar lemak sekaligus meningkatkan imun tubuh badan. Strawberi juga tinggi dengan zat anti-inflamasi yang dapat membantu mengubati luka di dalam tubuh badan akibat masalah radang.

Inilah buah yang sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Pastikan anda mengamalkan pemakanan buah-buahan ini secara kerap dan imbangi dengan senaman agar anda dapat memperolehi hasil yang maksima. Sumber dari Cosmpolitan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...