Tuesday 28 February 2012

BUTIK PAKAIAN DIREMPUH PACUAN 4 RODA


Kenderaan Terbabas Rempuh Butik Pakaian
MELAKA – Seorang lelaki terselamat walaupun kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan merempuh sebuah butik pakaian di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Jalan Merdeka di Banda Hilir awal pagi ini.
Kejadian pukul 4.20 pagi itu disedari seorang penyelia pembersihan pusat beli-belah tersebut,Shyam Babu Sah, 26, yang ketika itu sedang bertugas selepas dikejutkan dengan satu dentuman kuat.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda remuk teruk di bahagian hadapan selepas merempuh cermin dan dinding butik pakaian itu.
“Saya lihat seorang lelaki keluar dari kereta dengan keadaan berdarah di kepala,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai memandu melawan arus sebelum kenderaannya itu terbabas menjunam di tangga pintu hadapan pusat beli-belah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...