Tuesday 10 July 2012

POKOK TERBALIK

Adansonia Digitata atau Pokok Baobab merupakan pokok aneh yang boleh ditemui di Afrika dan Australia.
Baobab dikenali sebagai pokok terbalik kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Menurut cerita dongeng yang kononnya dijadikan lagenda, ianya menceritakan bahawa Dewa Thora tidak menyukai Baobab yang tumbuh di kebunnya lalu mencampakkan pokok itu dari syurga ke bumi.  Walaubagaimana pun, pokok tersebut mendarat dan tumbuh dalam posisi terbalik.

Versi dongeng lain pula menyatakan bahawa pokok tersebut ditanam oleh dewa tapi pokok tersebut terus berjalan, lalu tuhan menarik pokok tersebut ke atas dan menanamnya secara terbalik bagi mengelakkannya dari terus bergerak.

Pokok ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 5 hingga 30 meter dan memiliki diameter 7 hingga 11 meter.  Ia juga boleh hidup selama ribuan tahun.  Penduduk setempat menggunakan pokok Baobab untuk membuat jaring ikan, tali, karung dan pakaian.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...