Monday 9 July 2012

SUSU....PELENGKAP GAYA HIDUP


BIARPUN rasanya tawar dan ramai tidak menggemarinya, susu memiliki banyak fungsi serta manfaat kepada tubuh badan.

Bagi mendapatkan umur yang produktif, susu membantu pertumbuhan agar lebih cergas dan bertenaga manakala untuk mereka yang lanjut usia, minuman berwarna putih ini menguatkan tulang supaya tidak mudah rapuh. 

Disebabkan susu mempunyai banyak vitamin dan protein, setiap orang disarankan untuk mengambilnya sebagai diet harian mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika Hari Susu Sedunia yang disambut setiap 1 Jun diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingannya kepada tubuh badan seseorang tanpa mengira usia.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Marigold, Michael Ong, ramai yang tidak mengetahui fungsi susu dalam badan dan peranannya kepada tubuh seseorang.

“Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana nutrien penting dalam susu berfungsi kepada tubuh mereka, contohnya 95 peratus daripada kalsium dalam badan terdapat dalam gigi dan tulang.

“Jika kita tidak mengambil kalsium yang mencukupi melalui susu untuk menambah lagi jumlahnya yang hilang, ia boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu suatu keadaan yang dialami oleh kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia.

“Pengambilan susu sejak awal dan diamalkan setiap hari boleh membantu untuk membina badan dan tulang yang kuat. Ia juga membantu dalam pembekuan darah dan pengecutan otot,” katanya yang menyarankan pengambilan dua hingga tiga gelas susu setiap hari.

Tambahnya, kesedaran mengenai kebaikan pengambilan susu terhadap kesihatan memberi inspirasi kepada Marigold untuk terus mendidik masyarakat mengenai kepentingannya.

Justeru, sempena Hari Susu Sedunia itu juga, Marigold menganjurkan siri jelajah ke seluruh Malaysia selama seminggu bagi mengiktiraf khasiat susu dan faedah kesihatan kepada generasi hari ini.

“Kesihatan berterusan pengguna memberi inspirasi kepada kami di Marigold untuk meraikan sambutan Hari Susu Sedunia yang diharap dapat mendidik orang ramai mengenai kepentingannya sejak di alam kanak-kanak hingga dewasa.

“Pengambilan susu yang berkualiti dapat melengkapkan gaya hidup sihat di samping membantu mencapai tahap kesihatan yang lebih baik secara keseluruhannya.

“Kami bangga menyokong dan meraikan Hari Susu Sedunia di Malaysia sebagai pengilang dan pengedar produk tenusu yang berkualiti sejak 1969,” katanya mengenai pembabitan jenama itu meraikan Hari Susu Sedunia, baru-baru ini.

Siri jelajah yang bermula di Jusco Mid Valley, Kuala Lumpur Jun lalu bertujuan mengetengahkan faedah dan kepentingan susu kepada semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia dan jantina.

Pengambilan susu membantu dalam menggalakkan kesihatan gigi dan tulang serta mencegah osteoporosis sebagai sebahagian daripada komitmen Marigold untuk memberi nutrisi berkualiti kepada masyarakat.

Karnival berkenaan turut mendedahkan pengunjung mengenai kebaikan susu yang mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein, antara nutrien penting untuk pertumbuhan tulang serta tumbesaran kepada seisi keluarga.

Antara produk minuman Marigold dikenali ramai ialah HL Marigold Susu Rendah Lemak yang mengandungi sumber nutrien tinggi seperti kalsium dan protein selain diperkaya dengan sterol tumbuhan tambahan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk minuman Marigold, layari www.marigold.com.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...