Sunday 1 December 2013

GAJAH MATI KERANA SEMBELIT


Miami : Seekor gajah Asia berusia 41 tahun mati akibat sembelit di Zoo Miami, lapor media.

Gajah dikenali sebagai Maude itu dilaporkan rebah sebelum mati dalam tempoh kurang seminit ketika menjalani pemeriksaan pada pagi Rabu lalu.


Jurucakap zoo berkenaan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan saluran penghadaman haiwan itu dipenuhi tanah liat dan pasir.

Mineral asli seperti itu memang lazim dimakan gajah liar, namun dalam keadaan Maude ia mengakibatkan keadaannya lebih teruk ditambah pula dengan penyakit artritis yang menyukarkan pergerakan haiwan itu. - Agensi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...