Sunday 1 December 2013

JAGALAH KESIHATAN GIGI UNTUK SENYUMAN YANG MANIS

MASALAH gigi bukan sahaja disebabkan kurang menjaga kebersihan gigi tetapi juga disebabkan tabiat yang dilakukan sehari-hari. Berikut disenaraikan lima tabiat yang mungkin tidak kita disedari yang mana perlu dijauhi bagi melindungi kesihatan gigi. 

Memberus dengan kuat
MENGGUNAKAN berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel. Jika itu berlaku, gigi menjadi sensitif serta menyusutkan gusi. Jadi, gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit. Disarankan menggunakan berus elektrik yang boleh memberus ke bahagian sukar dan membantu membuang lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa.

Ubat gigi yang salah
Beberapa jenis ubat gigi terutama yang mengandungi tartar control bersifat tajam yang mana boleh menghakis enamel dan menyusutkan gusi. Bagi melindungi gigi, belilah ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida.

Jadikan gigi sebagai alat
RAMAI yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada. Malah, mengunyah ais dan menggigit makanan yang keras seperti gula-gula juga boleh merosakkan gigi.

Minum banyak soda
MINUMAN bersoda mengandungi asid fosforik yang boleh menghakis gigi. Disebabkan itu, sebaik-baiknya gunakan straw semasa minum soda bagi meminimumkan hubungan antara soda dan gigi. Pastikan juga, kamu memberus gigi selepas itu.

Abaikan masalah
GUSI berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari. Flos gigi juga dapat mengeluarkan plak. SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...