Wednesday 7 October 2015

MINYAK YU YEE HALAL - JAKIM


Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan minyak Yu Yee mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur babi.


Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.

“Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my,” kenyataan itu dipetik.

Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.

Minyak Yu Yee

Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

“Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah,” tulis kenyataan itu lagi.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...