Monday 10 September 2012

TELUR BULAT

resepi telur sedap

LONDON  :  Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap untuk memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidka kena dengna telur ayam berkenaan.

Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya  -  berbeza daripada telur biasa.


 telur bulat 

Untuk pengetahuan, warga Britain mengambil 11 billion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu billion.  Tinggal di Enfield di Utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini.

"Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh".


telur ajaib 


"Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini", Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet.

Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall - James Church - menemui telur bulat seperti itu, beberapa tahun lalu.

Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...