Thursday 8 November 2012

DIPENJARA SETAHUN KERANA TERBIT FILEM ANTI-ISLAM

Mark Basseley Youssef

LOS ANGELES – Lelaki disebalik penerbitan filem anti-Islam yang mencetuskan kemarahan dan protes di negara Islam, hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menipu bank tahun lalu.


Hakim Mahkamah Daerah Los Angelas, Christina A. Snyder mengarahkan Mark Basseley Youssef menjalani hukuman itu di Penjara Persekutuan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan memalsukan pengenalan diri dan menipu bank tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 55 tahun itu adalah lelaki disebalik pembikinan filem “Innocence of Muslims,” yang mencetuskan kemarahan dan protes besar-besaran, September lalu.

Beliau juga dipersalahkan berikutan serangan yang meragut nyawa duta dan pegawai Kedutaan Amerika di Libya.

Youssef sebelum ini mendaftarkan nama sebagai Nakoula Basseley Nakoula dan juga dikenali sebagai Sam Bacile ketika protes meledak sebaik penyiaran video menghina Islam dan Nabi Muhammad itu. – AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...