Saturday 15 December 2012

DATUK K TERLANTAR 10 HARI DI HOSPITAL....

 

Khamis lalu, Datuk K dilaporkan telah mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal kuasa tinggi di New Zealand & telah di’masukkan ke hospital.

Insiden itu memaksa isterinya Dato’ Siti Nurhaliza membatalkan persembahan di Indonesia untuk terbang ke New Zealand melawat suaminya disana & sudah pun selamat tiba.

Kosmo! pada hari ini menyebut yang Datuk K mungkin terpaksa terlantar di hospital untuk tempoh 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand — sebelum dibenarkan pulang.


Namun begitu, keputusan untuk membawa pulang Datuk K lebih awal bergantung kepada keadaan terkini ahli perniagaan itu & keputusan daripada ahli keluarga beliau sendiri.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” kata sumber yang turut memaklumkan Datuk K mengalami patah bahu, tangan & kaki akibat insiden itu.

Kita doakan yang terbaik buat beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...