Monday 10 December 2012

KESETIAAN BURUNG KAKAKTUA TERHADAP TUANNYA YANG MATI SYAHID...

Kisah-kisah pelik dan ajaib memang banyak ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. Dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat karamah dan keajaiban yang dikurniakan Allah swt kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.
Satu pertanda lain adalah mereka berjuang di jalan yang benar. AllahuAkbar!
537470_207789039356785_1747331315_n
Lihat petikan di bawah. Daripada Aman Palestin Mesir
Ini pula kisah tentang perkara ajaib yang berlaku di Gaza..
Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..
Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil.
sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...