Monday 10 December 2012

INILAH WARNA KEDAIFAN SEBUAH KEHIDUPAN...

Wanita Sarat Hamil, Suami Hidap Sawan Tumpang Surau Kerana Daif - Terbakor 

Dalam keadaan si isteri sarat mengandung dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, sepasang suami isteri yang bagai hidup merempat tinggal menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu, kini semakin tertekan memikirkan masa depan mereka. Kepada mereka yang punya sedikit simpati, bantulah mereka. Ini masa mereka, mana tau esok masa kita pula.

Menumpang tinggal di surau kerana daif

“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, ketika ditemui, baru-baru ini.
Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga.
Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.
Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.
 sumber : Metro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...