Saturday 2 November 2013

ARTIS ISLAM MALAYSIA SAMBUT 'HARI SYAITAN'


Semalam, merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat. Secara ringkas, Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober yang dikaitkan dengan makhlus halus, syaitan, ahli sihir dan hantu.

Pada malam tersebut kanak-kanak akan berpakaian aneh dan mengetuk pintu rumah orang untuk meminta gula-gula dengan menjerit ‘trick or treat!’.



Orang dewasa pula, merayakannya dengan sambutan yang lebih ke arah ‘kedewasaan’ seperti mengadakan parti di mana semua orang datang dengan berpakaian dengan berunsur seram. Itu di negara Barat.

Tapi nampaknya, sambutan Halloween turut menular ke negara kita termasuk dalam kalangan artis.
Namun mungkin menyedari kontroversi yang pernah tercetus pada tahun sebelum ini bagi artis yang memuatnaik gambar mereka merayakan Halloween, tahun ini tak ramai berbuat demikian.



Bagaimanapun, masih ada artis Malaysia yang dikesan meraikan malam semalam dan tidak kisah untuk memuat naik gambar di laman sosial. Antaranya Shasha Saidin dan Juliana Evans.

Tidak kira Shasha, Juliana mahu pun artis-artis lain yang terbabit menyambut Halloween, niat mereka mungkin sekadar suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Tak apalah, kami faham.

Tapi dah alang-alang suka sangat menyambut setiap perayaan, kami ingin mencadangkan kepada mereka agar tidak lupa menyambut satu lagi perayaan yang bakal jatuh pada 5 November depan, iaitu awal Muharam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...