Sunday 24 November 2013

MAJLIS PERKAHWINAN BERDARAH


Aden : Satu majlis perkahwinan di Yaman bertukar tragedi apabila seorang tetamu lelaki yang menari dengan meniru gaya penyanyi Gangnam Style sambil memegang menggunakan raifal AK-47 secara tidak sengaja menembak mati sekurang-kurangnya tiga orang selepas gagal mengawalnya semalam.
Rakaman kejadian ngeri itu menunjukkan sekumpulan tetamu mempersembahkan gerakan tarian dipopularkan bintang pop Korea Selatan, Psy dalam majlis itu.
Antara mereka ialah seorang lelaki yang menghayun raifalnya ke udara ketika dia menari dengan diperhatikan beberapa tetamu lain.
Selepas seketika, kedengaran bunyi letupan dan lelaki terbabit dilihat melepaskan beberapa das tembakan ke udara satu perbuatan yang biasa dilakukan penduduk Arab untuk meraikan majlis perkahwinan.

Rakaman video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan tiga lelaki yang berlumuran darah tiba-tiba rebah ke lantai. Seorang mangsa lagi menggelupur kesakitan ketika tetamu lain mula menjerit ketakutan.
Sejurus kemudian, beberapa lelaki dilihat mengheret mayat mangsa ke tepi.
Tidak diketahui sama ada lelaki yang membawa senjata itu ditahan atau sebaliknya selepas itu.
Walaupun membawa senjata ke majlis perkahwinan dilarang di Yaman, bunyi tembakan dalam majlis seumpamanya sudah menjadi amalan lazim di negara itu.
Insiden kematian akibat tembakan dalam majlis perkahwinan masih berlaku, walaupun pihak berkuasa sudah menguatkuasa larangan itu. - Agensi
sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...