Monday 9 April 2012

JELITA, PINTAR, SEKSI TETAPI LICIK...


Kejelitaan dan keseksian wanita sering dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu samada untuk meraih keuntungan atau melariskan produk jualan... 

Jangan pandang sebelah mata! Mereka mungkin cantik dan seksi tetapi bukan mencipta nama kerana wajah sebaliknya kelicikan sebagai penggodam Internet.

Biasanya bidang menggodam Internet didominasi oleh golongan lelaki yang kelihatan nerd dengan cermin mata tebal dan gila buku.

Tetapi lima wanita jelita ini membuktikan bahawa kepakaran mereka menggodam sistem Internet tidak kalah dibandingkan dengan lelaki.

Mereka bukan saja kaya-raya hasil kerja menggodam beribu-ribu akaun bank tetapi juga berjaya membuatkan Google meninggalkan China.

Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta).

Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...