Saturday 28 April 2012

POKOK LUCEANA BOLEH PERBAHARUI TENAGA..?

Tenaga Boleh Diperbaharui Dari Pokok Luceana

BANGKOK – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan bekerjasama dengan Kasetsart University of Thailand bagi meneroka sumber baharu tenaga yang boleh diperbaharui daripada “perladangan tenaga”.
Rektor UiTM Kampus Pahang Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, kayu daripada pokok ”Luceana” boleh dibakar bagi menghasilkan wap yang kemudiannya boleh ditukarkan menjadi tenaga.
“Ia merupakan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui memandangkan pokok Luceana boleh dituai hanya dalam masa 18 bulan berbanding bahan api fosil yang mengambil masa ribuan tahun untuk dimajukan,” katanya.
Spesies Luceana juga dikenali sebagai Petai Belalang di Malaysia dan Ipil-Ipil terutamanya di Sabah.
Beliau berkata, tenaga baharu yang boleh diperbaharui boleh menjadi alternatif kepada sumber utama tenaga pada masa ini seperti minyak, gas, arang batu dan hidro.
Dr. Hilmi berkata tenaga baharu yang boleh diperbaharui itu menawarkan penyelesaian yang murah kepada bahan api fosil yang semakin berkurangan dan harga minyak mentah yang semakin tinggi yang mencapai kira-kira US$120 setong pada masa ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...