Saturday 21 April 2012

RIBUAN RAKYAT PROTES DI KAHERAH

Puluhan Ribu Protes Di Kaherah

KAHERAH – Ribuan penduduk berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam untuk melakukan tunjuk perasaan yang paling besar dalam tempoh beberapa bulan.
Mereka berhimpun bagi menentang pemerintahan sementara tentera yang berkuasa selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.
Tindakan mereka dilakukan bagi memberi tekanan kepada para jeneral tentera supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada penduduk awam.
Perhimpunan tersebut juga menunjukkan kemarahan mereka yang semakin kuat berhubung kekacauan politik yang berlaku di negara ini.
Terdapat kekeliruan bahawa para jeneral kini memanipulasi proses untuk memastikan mereka kekal berkuasa.
Dataran itu dipenuhi dengan sorakan yang meminta supaya pemerintahan tentera ditumbangkan.
Bagaimanapun, perhimpunan tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan penunjuk perasaan yang berlainan matlamat.
Dalam tunjuk perasaan itu, golongan muda mendesak supaya semua pihak bersetuju dengan calon-calon revolusi antiketenteraan dalam pilihan raya presiden disokong.
Bagaimanapun, pergerakan Ikhwanul Muslimin enggan untuk menyokong permintaan golongan muda itu.
Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan politik yang berpengaruh di negara ini.
Pilihan raya presiden akan diadakan pada 23 hingga 24 Mei depan.
Presiden baharu akan diumumkan pada 21 Jun depan.
Majlis Ketenteraan yang memerintah Mesir buat sementara waktu berikrar akan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran awam pada awal Julai depan. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...