Tuesday 2 October 2012

ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KL 2012

Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL 2012

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Mereka ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem.
Tahun ini, majlis itu telah meneliti 62 buah filem untuk dianalisa.
Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu.
Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji seperti cerita Bunohan.
Walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
Berikut adalah keputusan Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012 yang telah dikeluarkan hari ini.
FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap
Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia.
Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.
Anda rasa bagaimana? Wajarkah dibuka kepada orang luar?
Oleh: KASIH ISA
MyMassa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...