Wednesday, 17 October 2012

BUAH LABU YANG MENYERAMKAN


BELLAIRE  : Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.
Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.
Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.
Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam.
Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata: “Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan.
“Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang.
“Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru.
“Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir.
“Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya,” DM / Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...