Friday 5 July 2013

ANAK KEPADA BAPA TERTUA DI DUNIA DICULIK ?


New Delhi : Lelaki dianggap bapa paling tua di dunia semalam berkata, anaknya yang baru berusia tiga tahun kini hilang dan dipercayai menjadi mangsa culik.
Kata Ramjeet Ragav, 97, dia tidak melihat budak itu, Vikramjeet sejak 55 hari lalu dan mungkin dilarikan ketika pergi membuat rawatan di hospital.
“Kami mencari Vikramjeet setiap hari dan saya kini sudah putus harap.
“Saya tak tahu mengapa atau bagaimana dia hilang,” katanya.
Ramjeet menjadi bahan berita di seluruh dunia pada 2010 apabila diiktiraf sebagai bapa tertua di dunia ekoran kelahiran Vikramjeet ketika dia berusia 94 tahun.
Oktober tahun lalu, Ramjeet sekali lagi memecahkan rekod itu dengan kelahiran anak kedua, Ranjeet, kini sembilan bulan.
Isteri Ramjeet, Shakuntala, kini berusia 60 tahun. Keluarga itu menetap di sebuah rumah kecil di perkampungan Kharkhoda, di Haryana.
Kata Ramjeet, Shakuntala pergi ke hospital bersama Vikramjeet kerana demam pada 6 Mei.
Disebabkan terlalu penat, Shakuntala tertidur di terminal bas yang sibuk sambil memegang anaknya.
Bagaimanapun, budak berusia tiga tahun itu hilang apabila Shakuntala terjaga 15 minit kemudian. - AP
sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...