Thursday 11 July 2013

CIRI-CIRI SOLAT YANG SEMPURNA



Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari pengadilan di akhirat kelak ialah ; “Solat“! Sekiranya solat diterima,  amalan kebaikan yang lain juga akan diterima. Sekiranya solat tak diterima, amalan-amalan juga akan tertolak. Jadi sangat penting untuk kita berusaha sebaik mungkin memperbaiki mutu @ kualiti solat kita.

Pertamanya, kita perlu memahami tentang ciri-ciri solat yang sempurna.

Apakah  yang dimaksudkan dengan solat yang SEMPURNA?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.

Ciri-ciri solat yang sempurna ialah ;
  1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam.
  2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
  3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
  4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya, sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
  5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Mari kita renung-renungkan. Adakah solat kita mempunyai ciri-ciri ini? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau masih leka dan lalai, perlu kita berusaha lebih lagi bagi memastikan solat kita sempurna dan seterusnya diterima Allah. Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...