Thursday 11 July 2013

MASJID YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM TURKMENISTAN MARAH


Indah tersergam... Masjid Türkmenbaşy Ruhy ialah sebuah masjid yang dibina di Gypjak, 7 kilometer dari ibu negara Turkmenistan Ashgabat. Ianya dibina oleh bekas Presiden Seumur Hidup Turkmenistan Saparmurat Niyazov lengkap dengan sebuah makam sebagai persediaan beliau sebelum meninggal dunia.



Ianya siap sepenuhnya pada tahun 2004 dan Saparmurat Niyazov meninggal dunia pada tahun2006. Semasa hayatnya Saparmurat Niyazov ialah seorang diktator. Beliau mengubah nama bulan Januari kepada nama gelaran beliau Türkmenbaşy yang bermaksud "Bapa Turkmenistan" dan juga menjenamakan semula vodka rasmi negara sempena nama beliau.



Selain dari itu Saparmurat juga membina sebuah monumen lengkap dengan patung beliau yang disadur emas. Patung ini akan berputar 360 darjah sehari bagi memastikan ia akan sentiasa mengadap matahari. 


Semasa hidup beliau juga menulis sebuah buku yang diberi nama RUHNAMA. Kitab ini wajid dibaca oleh semua rakyat Turkmenistan dan dianggap suci. How suci? Setiap masjid di Turkmenistan WAJIB meletakkan senaskah Ruhnama bersebelahan senaskah kitab suci Al Quran. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh menyebabkan masjid yang ingkar dirobohkan. 



Beliau juga mendakwa bertemu Allah dan Allah menjanjikan sesiapa yang khatam Ruhnama sebanyak 3 kali akan dijamin masuk syurga! Tidak menghairankan ayat-ayat"suci" Ruhnama diukir pada Masjid Türkmenbaşy Ruhy. Dikabarkan Mufti Besar Turkmenistan menegur Saparmurat dan berkata apa yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan ajaran Islam. Saparmurat berang ditegur dan mufti ini kemudiannya dipenjarakan 20 tahun kerana keberanian beliau. 

















Wallahu'alam.... sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...